“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan” Salam mahabbah buat kalian saudara, sahabat dan teman...
Insya Allah, Esok (Khamis) keputusan SPM, STAM keluar. Keputusan Final CFS pun keluar esok (khamis). akh kita, Aqil akan mengambil keputusan STAM esok di Sekolah Menengah Hidayah Ipoh. Turut sekali , Auzaie (ikhwan117-to-be). Alhamdulillah, mereka dah selamat bertolak petang tadi. Jadi Mintak ikhwan lain doakan agar kejayaan milik mereka & kita insya Allah. All the best Aqil. Buat Ikhwan yang lain, Hope 4 the best untuk CGPA anda...
Note - Dengar cerita, Aqil nak ke Mesir?? ke mana sahaja anda berada , kami(ikhwan117) tetap menyokong anda...
Rasanya dah 2 minggu CFS mula b'cuti (k x yah rasa mmg betul pun). Rindu pulak nak balik dorm. Nak bentang tilam kat lantai, pastu buat assignment sekali (okey ni kadang2), Fifa beramai-ramai & Halaqah. Lepas ni tak dan dah kot as ramai dari Ikhwan sendiri yang tak ambil short shem. Then, ramai pulak kan yang nak berhijrah ke Gombak. Tapi ingat ukhwah ni tak kan putus takat foundation ni saja, Insya Allah berkekalan sampai bila2.
Insya Allah, mungkin sedikit pengenalan tentang Ikhwan117. Orang kata tak kenal, maka taa'ruf. Ikhwan117 bukanlah satu nama syarikat / produk perniagaan. Bukan jua NGO (Non-Governmental Organization / badan bukan kerajaan) apatah lagi parti politik, bukan. Ikhwan117 merupakan satu ikatan ukhuwah yang memaut hati2 kami (ahli dorm B1-1-7,MARA). Ikhwan117 juga merupakan satu cetusan idea / buah fikiran dalam usaha memantapkan lagi ukhuwah yang sedia ada setelah mengambil kira bahawa kami bukanlah selamanya di sana (bumi nilai). Basically, Ikhwan117 ialah nama yang kami berikan kepada batch kami 2009/2010 yang menginap di bilik B1-1-7. Fakta-fakta penting tentang Ikhwan117
Kenapa Ikhwan117
Ikhwan ialah jama' kepada akh yang bermaksud saudara (secara lughoh). Namun maksud ikhwan sebenarnya yang kami ingin contohi, Ikhwan adalah jemaah dari umat islam, mengajak dan menuntut ditegakkan syariat Allah, Hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw... . 117 pula merujuk kepada bilik kami B1-1-7.
Tarikh Penubuhan
Masih dalam pencarian. Terdapat banyak khilaf dalam penentuan tarikh bila Ikhwan117 ditubuhkan. Secara tidak rasminya, Ikhwan117 ditubuhkan pada 28 Mei 2009. Tarikh di mana buat pertama kalinya para ikhwan menjejakkan kaki di bumi nilai (CFS). Ikhwan117 ditubuhkan secara rasminya sewaktu Kongres bilik B1-1-7 yang membincangkan nama bilik dan hala tuju ahli2 bilik. Namun atas dasar kecuaian, tarikh tersebut tak dapat direkodkan.
Aktiviti Ikhwan117
1) Sambutan hari jadi. Setiap dari Ikhwan117 akan diraikan setiap kali tarikh lahir mereka bersua. Gimik2 yang senantiasa dipelopori oleh Fikri, Aizat, syahmi & lain2 jelas sekali memeriahkan lagi suasana 2) Halaqah mingguan. Setiap hari khamis, Ikhwan akan berkumpul membaca surah yasin dan disambung dengan tazkirah yang akan disampaikan oleh ikhwan117 sendiri. Masa antara Maghrib & Isya'. Namun akhir2 ni aktiviti ini tak dapat diterukan lantaran kekangan masa. 3)Berfutsal at least seminggu sekali. Juga di akhir sem 2 tak dapat diteruskan atas masalah teknikal CFS ( x dapat tempah court) 4)Bagi sokongan moral kat Aysraf sewaktu beliau menyertai Debat RAFEST. Alhamdulillah, Kumpulan beliau mendapat tempat kedua dan beliau pula dinobatkan pendebat ketiga terbaik.
Ahli Sesi 2009/2010 sem1
syahmi, Ayman Yazid, Amirul Aizat, Dzafran Syakirin, Asyraf, Amier Afifi, Nasri, Fikri, Zainal Arifin, Masmur, Nidhal, Amirul Hakim a.k.a Abang Kacak, Halim, syafiq, Jundullah, Hakim, Hisyam (ketua dorm), Izzudin a.k.a Che din - B1-1-8 Naim, Abrar & Ihsan - Maktab